Home Berita PAS Melaka

Agenda Utama MTD Gadek: Dekati Pengundi Islam

865
SHARE

Gadek, ALOR GAJAH 10 Jun – Majlis Tindakan DUN (MTD) Gadek telah melaksanakan Program Edaran Takwim Berbuka Puasa dan Pek Kurma yang terakhir di Unit Peti Undi (UPU) Padang Sebang dan UPU Tanjung Rimau pada 6 Jun yang lalu mulai jam 5.00 petang hingga jam 6.30 petang. Ia melibatkan seramai 8 orang petugas mengedarkan sejumlah 115 pek kurma dan takwim.

Program tersebut telah dilaksanakan dalam beberapa siri oleh ahli jawatankuasa MTD Gadek secara berkala sama ada di waktu pagi atau petang mengikut kesesuaian lokaliti dan UPU yang telah dipilih dan ditetapkan, bermula dari awal Ramadan yang lalu di UPU Kampung Paya Datok, UPU Pegoh, UPU Pekan Gadek dan UPU Ganun.

Di samping itu, program ini juga telah dilaksanakan di beberapa lokaliti taman perumahan seperti Taman Perumahan Ganun Setia, Taman Perumahan Sebang Gemilang, Taman Perumahan Sebang Mutiara, Taman Perumahan Awam Bukit Nangka, Taman Perumahan Baiduri, Kuala Ina dan Taman Perumahan Pisang Mas, yang terdapat dalam DUN Gadek.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Isnin juga telah turut menjayakan program tersebut bersama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Encik Emranshah Ismail yang juga merangkap Pengarah MTD Gadek, Ketua HelWa MTD Gadek, Puan Rosezainee Alwi dan ahli-ahli jawatankuasa MTD Gadek.

Objektif utama Program Edaran Takwim Berbuka Puasa dan Pek Kurma ini adalah untuk menyemarakkan sambutan ketibaan bulan Ramadan yang mulia dalam kalangan masyarakat Islam DUN Gadek dan menyedarkan mereka bahawa ibadat berpuasa sebagai salah satu rukun Islam ketiga yang wajib dilaksanakan.

Beberapa program yang serupa juga telah dirancang dan akan dilaksanakan pada pertengahan dan akhir bulan Ramadan ini, antaranya program mengedar bubur lambuk, solat Terawih berjamaah MTD Gadek serta program ziarah dan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada golongan fakir miskin (bergerak dari rumah ke rumah) yang telah dikenal pasti dalam DUN Gadek bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya nanti.

Kos keseluruhan program ini dijangkakan melebihi Rm 7 ribu ringgit. Semua perbelanjaan program tersebut adalah hasil sumbangan dan derma daripada ahli-ahli PAS di DUN Gadek, khasnya dan PAS Kawasan Alor Gajah, amnya.

Pengarah MTD Gadek, Encik Emranshah Ismail yang ditemui memaklumkan bahawa ketiga-tiga program tersebut sebenarnya telah dilaksanakan semenjak tahun 2014 lagi.

Diharapkan masyarakat Islam dapat memahami PAS bukan hanya parti politik tetapi berperanan menyampaikan mesej dakwah khususnya kepada pengundi-pengundi Islam di DUN Gadek.

{jathumbnail off}