SAAT RAKYAT DIUJI, PAS WANGSA MAJU HADIR MENYANTUNI

Oleh : Abdul Fateh
WANGSA MAJU, 25 Ogos 2026 — Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Wangsa Maju meneruskan komitmen menyantuni masyarakat setempat menerusi program Ziarah MOSWAY dengan mengunjungi beberapa buah rumah di Seksyen 4, Wangsa Maju, disini, hari ini.
Program ziarah tersebut menjadi wadah mendekati masyarakat secara langsung, khususnya mereka yang memerlukan perhatian, sokongan dan keprihatinan daripada masyarakat sekeliling.
Dalam kunjungan berkenaan, Cik Najwa Hidayah turut menyampaikan cenderahati serta senaskhah buku Doa Mustajab kepada para penerima sebagai tanda ingatan dan sokongan moral daripada PAS Wangsa Maju.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah JPRP, Haji Rahim Sulaiman, Hajah Noorsamawati serta beberapa pimpinan PAS Kawasan Wangsa Maju yang bersama-sama turun padang menyantuni masyarakat.
Selain menyampaikan sumbangan dan cenderahati, kunjungan ini turut menjadi ruang untuk bertanya khabar, mendengar keadaan serta memberikan sokongan kepada keluarga yang diziarahi.
PAS Wangsa Maju melihat usaha turun padang seperti ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab untuk memastikan kebajikan masyarakat terus diberi perhatian, tanpa mengira latar belakang.
Dalam kesempatan tersebut, seluruh pimpinan dan warga PAS Wangsa Maju turut menitipkan doa agar mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan diberikan kesembuhan yang sempurna, kekuatan serta penawar yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT.
“Ya Allah, angkatlah segala kesakitan, kurniakanlah kesembuhan dan permudahkanlah segala urusan mereka yang sedang diuji.”
Program Ziarah MOSWAY ini diharapkan dapat terus menyuburkan budaya ziarah, prihatin dan saling membantu, selain mengukuhkan hubungan antara PAS Wangsa Maju dengan masyarakat setempat.
PAS WANGSA MAJU Menyantuni Masyarakat, Memperkasa Kebajikan.