DPP WILAYAH PERSEKUTUAN RAIH TEMPAT KETIGA KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA PEMUDA DPPM

KOTA BHARU, 07 September: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang berlangsung bersempena Muktamar Tahunan DPPM di Kota Bharu.
Kejohanan tahunan anjuran DACS DPPM itu menghimpunkan pasukan dari seluruh negeri, termasuk penyertaan pasukan dari Sabah, sekali gus menjadi medan memperkukuh semangat kesukanan, ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan anak muda PAS.
Pasukan DPP Wilayah Persekutuan mempamerkan aksi konsisten sepanjang saingan peringkat kumpulan sebelum berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan seterusnya menamatkan kejohanan di kedudukan ketiga.

Kapten pasukan yang juga Ketua DACS DPP Wilayah Persekutuan, Saudara Nur Azmi, berkata:
βWalaupun kami berdepan pasukan yang kuat dalam peringkat kumpulan seperti Kelantan dan Kedah, pasukan Wilayah Persekutuan tetap memberikan saingan yang sengit. Alhamdulillah, kami berjaya melangkah ke separuh akhir dan akhirnya meraih tempat ketiga.β
Menurut beliau, pencapaian tersebut bukan sekadar soal kemenangan di atas padang, bahkan menjadi bukti semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan oleh seluruh pemain.
Kejohanan ini turut menjadi ruang untuk mempererat hubungan sesama perwakilan Pemuda PAS dari seluruh negara dalam suasana penuh ukhuwah dan kesukanan.
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
π₯ Kelantan B
π₯ Terengganu C
π₯ Wilayah Persekutuan dan Kelantan A
Tahniah DPP Wilayah Persekutuan!
Menang bukan segala-galanya, tetapi semangat juang, ukhuwah dan kesatuan saf adalah kemenangan yang lebih bermakna.