Negeri Sembilan

Dr Rafie Malek: Nadi Ekonomi Setempat Ampangan Perlu Diperkasa

AMPANGAN — Ekonomi Ampangan takkan berkembang kalau peniaga kecil dibiarkan bergerak sendirian. Itulah pandangan tegas Dato’ Dr Rafie Malek, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.14 Ampangan, mengenai keperluan memperkasa ekonomi setempat.

Menerusi kenyataan rasmi kempennya, Dr Rafie menegaskan pasar, gerai, kedai makan dan usahawan tempatan perlu dibantu supaya lebih ramai orang datang, lebih banyak peluang dibuka dan wang terus berputar dalam Ampangan.

“Bila peniaga maju, peluang kerja bertambah. Bila ekonomi setempat hidup, seluruh Ampangan turut bangkit.”

Pendirian ini selari dengan sesi turun padang beliau sebelum ini bertanya terus rakyat tentang cara mereka mencari rezeki, sebagai usaha memahami keperluan sebenar ekonomi tempatan Ampangan.

Sumber: Kenyataan rasmi kempen Dr Rafie Malek, Calon No.3 N.14 Ampangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️