Dr Rafie Malek: Angkat Kualiti Taraf Hidup Rakyat Ampangan
AMPANGAN — Kualiti hidup yang lebih baik adalah impian setiap rakyat. Itulah mesej ringkas namun jelas daripada Dato’ Dr Rafie Malek, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.14 Ampangan, mengenai hala tuju pembangunan kawasan tersebut.
Menerusi kenyataan rasmi kempennya, Dr Rafie menegaskan Ampangan perlu terus dibangunkan agar menjadi kawasan yang lebih selesa, selamat dan sejahtera untuk semua lapisan masyarakat.
Sumber: Kenyataan rasmi kempen Dr Rafie Malek, Calon No.3 N.14 Ampangan.