Dr Rafie Malek: Generasi Ampangan Perlu Beragama, Berilmu, Berkemahiran & Berdaya Saing
AMPANGAN โ Anak-anak Ampangan bukan sekadar perlu cemerlang dalam pelajaran, tetapi turut memerlukan pegangan agama, kemahiran hidup dan keyakinan untuk bersaing. Itulah pandangan Dato’ Dr Rafie Malek, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.14 Ampangan, mengenai pembangunan generasi muda di kawasan tersebut.
Menerusi kenyataan rasmi kempennya, Dr Rafie menegaskan setiap anak muda mesti diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka โ daripada pendidikan, teknologi hingga latihan kemahiran.
“Kita tak mahu generasi Ampangan hanya melihat orang lain berjaya. Kita mahu mereka sendiri menjadi generasi yang memimpin masa depan.”
Pandangan ini selari dengan latar belakang akademik Dr Rafie sendiri sebagai pemegang Doktor Pendidikan (Universiti Selangor) yang turut aktif dalam Persatuan Doktor Pendidikan Malaysia.
Sumber: Kenyataan rasmi kempen Dr Rafie Malek, Calon No.3 N.14 Ampangan.
- A โ Aduan Rakyat Disusuli Tindakan
- M โ Menaik Taraf Infrastruktur
- P โ Peningkatan Kualiti Pendidikan Serta Teknologi Digital
- A โ Angkat Kualiti Taraf Hidup Rakyat
- N โ Nadi Ekonomi Setempat Diperkasa
- G โ Generasi Beragama, Berilmu, Berkemahiran, Berdaya Saing & Berwawasan
- A โ Ampangan Bersih, Selamat & Sejahtera
- N โ Negeri Sembilan Bermula Dari Ampangan