“What Do You Do For A Living?” โ Dr Rafie Malek Turun Padang Dengar Cerita Rezeki Rakyat Ampangan
AMPANGAN โ Ada yang berniaga, ada yang bekerja pejabat, ada yang mencari rezeki dengan kudrat sendiri. Itulah realiti kepelbagaian pekerjaan rakyat Ampangan yang cuba diterokai Dato’ Dr Rafie Malek, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.14 Ampangan, menerusi sesi turun padang bertanya terus kepada penduduk tentang cara mereka mencari rezeki.
Dalam video yang dikongsi, salah seorang penduduk yang ditemui menjelaskan beliau menjalankan perniagaan kecil di tepi jalan, manakala Dr Rafie turut berkongsi hasratnya untuk menyumbang kepada pembangunan rakyat dan negara, khususnya di Ampangan.
Menurut Dr Rafie, walaupun berbeza pekerjaan, semua rakyat berkongsi satu tujuan yang sama iaitu mahu memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga masing-masing โ dan di sebalik setiap jawapan, ada usaha, pengorbanan dan harapan.
Sumber: Kenyataan & video rasmi kempen Dr Rafie Malek, Calon No.3 N.14 Ampangan.
- A โ Aduan Rakyat Disusuli Tindakan
- M โ Menaik Taraf Infrastruktur
- P โ Peningkatan Kualiti Pendidikan Serta Teknologi Digital
- A โ Angkat Kualiti Taraf Hidup Rakyat
- N โ Nadi Ekonomi Setempat Diperkasa
- G โ Generasi Beragama, Berilmu, Berkemahiran, Berdaya Saing & Berwawasan
- A โ Ampangan Bersih, Selamat & Sejahtera
- N โ Negeri Sembilan Bermula Dari Ampangan