KelantanNegeri

Suasana Islam di Kelantan hadirkan rasa rindu Ramadan – Bunga Farida

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 22 Jun – Suasana kehidupan Islam yang begitu terserlah di Kelantan telah menghadirkan rasa rindu kepada bulan Ramadan buat Bendahari Kaukus Perempuan Politik Indonesia (KPPI) Kabupaten Nunukan, Bunga Farida yang pertama kali menjejakkan kaki ke negeri ini.

Beliau berkata, identiti Islam yang dapat dilihat di pelbagai sudut kehidupan masyarakat Kelantan memberikan pengalaman yang cukup bermakna sepanjang lawatan delegasi KPPI Nunukan ke negeri ini pada 19 hingga 20 Jun yang lalu.

“Suasana Islamiknya sangat terasa. Sejak malam tadi ketika menaiki bas, saya dapat melihat pelbagai elemen dan tulisan yang bernuansa Islam. Ia membuatkan saya teringat dan merindui suasana Ramadan.”

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️