KelantanNegeri

Hapus stigma, buka peluang lebih luas buat golongan OKU – Dato’ Rohani

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media YB Dato’ Rohani

KOTA BHARU, 22 Jun – Usaha menghapuskan stigma negatif terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka merupakan langkah penting dalam memastikan golongan berkenaan dapat mengembangkan potensi sebenar, sekali gus menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan inklusif dalam arus pembangunan masyarakat.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim berkata, setiap individu dalam kalangan OKU mempunyai keistimewaan tersendiri yang wajar dihargai serta diberikan ruang yang adil untuk turut serta dalam pembangunan negeri dan masyarakat.

Beliau berkata demikian setelah merasmikan Kursus Pengukuhan Organisasi Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) yang menghimpunkan penggerak OKU dari seluruh Kelantan di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️