KelantanNegeri

Hotel Perdana rakan strategik kerajaan negeri bangunkan pelancongan Kelantan

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media YB Hilmi Abdullah

KOTA BHARU, 22 Jun– Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Hotel Perdana atas komitmen dan kerjasama berterusan dalam menjayakan pelbagai program pelancongan dan promosi negeri, termasuk sepanjang penganjuran Tahun Melawat Kelantan pada tahun lalu.

“Hotel Perdana merupakan contoh terbaik bagaimana sektor swasta boleh menjadi rakan strategik kepada kerajaan dalam membangunkan ekonomi pelancongan.”

Demikian kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah ketika berucap di majlis Perasmian dan Meraikan Transformasi dan Pembaharuan Hotel Perdana, di sini semalam.

Beliau berkata, hotel berkenaan memainkan peranan penting sebagai hos kepada pelbagai persidangan, seminar, program korporat, acara pelancongan dan lawatan rasmi yang membantu memperkenalkan Kelantan kepada pelawat domestik serta antarabangsa.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️