KelantanNegeri

Kelantan hargai PNB naik taraf Hotel Perdana

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Tourism Kelantan

KOTA BHARU, 22 Jun– Kerajaan Negeri Kelantan menghargai langkah strategik Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam menaik taraf Hotel Perdana menerusi pelaburan, penambahbaikan serta pengurusan profesional yang dilaksanakan sejak mengambil alih dan menguruskan hotel berkenaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, komitmen dan visi jangka panjang yang ditunjukkan oleh PNB bersama Attana Hotels & Resorts berjaya mengembalikan semula kedudukan Hotel Perdana sebagai antara hotel utama dan paling berprestij di Kelantan.

Katanya, kejayaan yang dicapai hotel itu hari ini membuktikan aset warisan boleh diberikan nafas baharu tanpa kehilangan identiti asalnya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️