38 pegawai masjid Kelantan terima Sijil Kemahiran Malaysia
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 22 Jun – Sebanyak 38 pegawai masjid di Kelantan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas berjaya menamatkan kursus masing-masing dalam satu majlis graduasi yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Majlis pengurniaan sijil tersebut disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Daripada 38 graduan tersebut, 22 peserta menerima sijil Kursus Pengoperasian Masjid Tahap 1 dan 16 lagi menerima sijil Kursus Penyelarasan Operasi Masjid Tahap 2. Manakala berikutnya, seramai 16 peserta daripada graduan tersebut bakal mengikuti kursus Tahap 3.
YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam berkata, program SKM untuk pegawai masjid dilaksanakan oleh MAIK dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Sumber: inforakyat.kelantan.my