MENERUSKAN LEGASI: ZIARAH YB USTAZ FAUZI ERATKAN UKHUWAH BERSAMA BABA ABDULLAH
Alhamdulillah, petang selepas solat Asar kami singgah di Pondok Pak Su Mad, yang kini dipimpin oleh Baba Abdullah, meneruskan legasi Allahyarham Baba Yusoff yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Su Mad.
Pondok ini menjadi tempat berteduh dan menimba ilmu bagi anak-anak yatim serta golongan fakir miskin. Walaupun berdepan pelbagai cabaran kehidupan, Baba Lah tetap istiqamah meneruskan usaha murni berkhidmat kepada golongan yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah saya, Yayasan Amal Pulau Pinang serta ramai lagi penyumbang yang mengenali pondok ini menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan bagi menyokong kelangsungan kebajikan dan pendidikan para penghuni.

Alhamdulillah, kami turut dijamu dengan hidangan yang sederhana tetapi penuh keberkatan serta berpeluang bermalam di pondok ini.

Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham Pak Su Mad, memberkati usaha Baba Abdullah dan seluruh warga pondok, serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang menyumbang. Aamiin.
#YbUstazFauzi
#KetuaPembangkangPenang
#SavePenang
#NewPenang
Sumber : https://vt.tiktok.com/ZSxWyTyo2/