Pulau Pinang

Program Ibadah Korban 1447H / 2026 anjuran PAS Cawangan Mengkuang Titi & PASTI Bahrul Ulum

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban 1447H / 2026 anjuran PAS Cawangan Mengkuang Titi & PASTI Bahrul Ulum telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana segala urusan program berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen para petugas, peserta korban serta penduduk setempat yang hadir memberikan bantuan dan sokongan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Ustaz Fawwaz, yang bersama-sama meluangkan masa menyantuni masyarakat dan mengikuti perjalanan program.

Alhamdulillah, proses penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban telah berjaya disempurnakan dengan teratur kepada para penerima yang telah dikenal pasti.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, sukarelawan dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

لَنْ يَّنَا لَ اللّٰهَ لُحُـوْمُهَا وَلَا دِمَآ ؤُهَا وَلٰـكِنْ يَّنَا لُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْ ۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَـكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰٮكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”(QS. Al-Hajj 22: Ayat 37)

#IbadahKorban1447H #PASTIBahrulUlum #PASMengkuangTiti #Korban2026 #SemangatUkhuwah #PrihatinBerkongsiRezeki

 

Sumber : https://www.facebook.com/100076022110442/posts/pfbid02DaXz1R29Aqvowx9tH4wLhUtuSLFUj9UuvPURwL7Egmdo7i9PpCumLedPzSi7ztzAl/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️