Kenyataan Media

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, saya mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga Wilayah Persekutuan.

Aidiladha bukan sekadar perayaan ibadah korban, bahkan merupakan simbol pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Semangat pengorbanan ini sewajarnya menjadi pedoman kepada seluruh umat Islam dalam memperkukuhkan ukhuwah, membantu golongan memerlukan serta meletakkan kepentingan agama dan ummah mengatasi kepentingan peribadi.

Rasulullah SAW bersabda:

β€œTidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Nahar yang lebih dicintai Allah selain daripada mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah korban itu akan sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka relakanlah hati kamu dengannya.”
*(Riwayat al-Tirmizi)*

Dalam suasana negara yang masih berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial, Aidiladha mengajar kita erti kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan terhadap masyarakat tanpa mengira latar belakang.

PAS Wilayah Persekutuan turut menyeru agar program ibadah korban dan sambutan Aidiladha dijadikan medan memperkukuhkan perpaduan masyarakat serta menyemarakkan budaya saling membantu dalam kalangan rakyat.

Semoga segala ibadah korban dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada negara dan seluruh umat Islam.

β€œKorban Eratkan Ukhuwwah, Taqwa Diperkasa”

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026.

USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️