MAIK laksana Majlis Ibadah Korban Jama’ie, 1,400 ketua isi rumah terima agihan
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 28 Mei – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melaksanakan Majlis Ibadah Korban Jama’ie bagi tahun 1447H/2026M dan mengagihkan daging korban tersebut kepada 1400 ketua isi rumah dalam kalangan asnaf fakir dan miskin.
Majlis berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Timbalan Yang Dipertua MAIK Dato’ Mohd Anis Hussein berkata, sebanyak 53 ekor lembu dikorbankan pada program berkenaan termasuk dua ekor lembu kurniaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V untuk disembelih dan diagihkan kepada golongan yang layak.
Sumber: inforakyat.kelantan.my