WP Kuala Lumpur

25 PAS Cawangan Wangsa Maju Selesai Laksana Mesyuarat Agung Tahunan

WANGSA MAJU β€” Sebanyak 25 PAS Cawangan dalam Kawasan Wangsa Maju telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing sebagai persediaan memperkukuhkan gerak kerja parti menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Pelaksanaan mesyuarat tersebut dilihat menjadi platform penting dalam menyusun strategi, memperkemaskan organisasi serta memperkukuhkan gerak kerja ahli di peringkat cawangan bagi memastikan kemenangan PAS dan Perikatan Nasional (PN) pada PRU kelak.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Wangsa Maju, Muhammad Hakim berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh cawangan-cawangan terbabit membuktikan kesungguhan jentera parti dalam memperkasakan gerak kerja akar umbi.

β€œMesyuarat agung bukan sekadar memenuhi kewajipan organisasi, tetapi menjadi medan memperkukuhkan kesatuan ahli, menyusun gerak kerja dan membina kekuatan jentera bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Semangat dan komitmen ahli di peringkat cawangan amat penting dalam memastikan PAS dan PN terus mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Beliau turut berharap baki cawangan yang belum melaksanakan mesyuarat agung dapat menyempurnakannya dalam tempoh terdekat demi memastikan keseluruhan jentera parti berada dalam keadaan siap siaga.

PAS Kawasan Wangsa Maju optimis bahawa gerak kerja tersusun dan kesatuan saf kepimpinan serta ahli akan menjadi kekuatan utama dalam mendepani cabaran politik semasa dan meraih kemenangan pada pilihan raya nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️