KelantanNegeri

SMUATIS Selising terima hak milik tanah dan dana RM614,579

Oleh: Irham Hilmi Hashim

PASIR PUTEH, 25 Mei — Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah (SMUATIS), Kampung Lepah, Selising menerima hak milik tanah serta dana peluasan tapak sekolah berjumlah RM614,579 daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai usaha memperkukuh pembangunan institusi pendidikan Islam di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan institusi pendidikan Islam terus berkembang serta mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada generasi masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah, Bayaran Peluasan Tapak Sekolah serta Anugerah Kecemerlangan SPM dan institusi berkenaan, Sabtu lalu.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️