KelantanNegeri

Rakyat disaran teliti pilih kontraktor bina rumah

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM 25 Mei – Rakyat dinasihatkan supaya membuat penelitian sebelum memilih kontraktor bagi membina rumah kerana hal tersebut membabitkan amanah besar serta pelaburan seumur hidup.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata masyarakat perlu memastikan kontraktor dipilih berdaftar dengan Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), mempunyai rekod kerja baik serta pejabat operasi yang jelas.

Katanya, kontraktor juga perlu menyediakan kontrak hitam putih yang lengkap selain mempunyai testimoni pelanggan yang boleh dipercayai.

β€œJangan terlalu mudah percaya sekiranya harga jualan rumah dijual di bawah harga pasaran,” katanya menerusi media sosial, pada Jumaat.

Menurutnya, selain memilih kontraktor yang baik, rakyat juga perlu mempelajari ilmu asas berkaitan kontrak pembinaan bagi mengelakkan masalah pada masa depan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️