KelantanNegeri

LRA Kelar 2 siap 39 peratus, mampu tampung 25 jlh di Pasir Mas dan Rantau Panjang

Oleh: Syamimi Manah

PASIR MAS, 7 Mei – Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kelar 2 yang kini mencapai kemajuan lebih 39 peratus dijangka mampu menampung tambahan bekalan sebanyak 25 juta liter air sehari (jlh) bagi memenuhi keperluan pengguna di Pasir Mas dan Rantau Panjang menjelang Mac 2027.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Izani Husin berkata, projek itu bakal menjadi penyelesaian penting kepada isu kekurangan bekalan air yang masih dihadapi di beberapa kawasan berkenaan.

Menurutnya, Pasir Mas ketika ini menerima bekalan sebanyak 75 juta liter sehari melalui LRA Kelar 1, namun masih memerlukan tambahan sekitar 15 juta liter sehari bagi memenuhi permintaan semasa.

“Dengan siapnya LRA Kelar 2 yang berkapasiti 25 juta liter sehari, ia bukan sahaja mampu menampung keseluruhan keperluan Pasir Mas, malah masih mempunyai lebihan kapasiti lebih 10 juta liter sehari.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️