πππ ππππππ πππππ ππ πππ πππππ πππ ππππππ ππ-ππ
KENYATAAN MEDIA PAS MELAKA
PRN MELAKA: PAS SASAR BERTANDING 16 KERUSI DUN
1. PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang dijangka berlangsung pada tahun ini, parti telah membuat ketetapan untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi calon-calon yang berwibawa, berintegriti serta mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini.
2. Ketetapan ini adalah selaras dengan kenyataan yang telah disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, YAB Datoβ Seri Muhammad Sanusi, dalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang lalu.
3. Adapun 16 DUN yang terlibat ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.
4. PAS Melaka dengan penuh tawakkal dan keyakinan menyeru seluruh rakyat Negeri Melaka agar memberikan sokongan kepada calon-calon PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN ini. Sokongan tersebut amat penting dalam usaha membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih adil, berintegriti serta berpaksikan nilai-nilai Islam sebagai panduan pentadbiran.
5. Sesungguhnya perjuangan ini bukan sekadar persaingan politik, bahkan merupakan satu amanah untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.
Firman Allah Taβala:
ΩΩΩΩΩΩΩΨ΅ΩΨ±ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ Ω ΩΩ ΩΩΩΨ΅ΩΨ±ΩΩΩ Ϋ Ψ₯ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ΨΉΩΨ²ΩΩΨ²Ω
yang bermaksud:
βDan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.β
6. Semoga dengan kesatuan dan kesungguhan kita semua, negeri Melaka akan terus diberkati dan dipimpin ke arah kesejahteraan yang diredhai Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
YB Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail
Pesuruhjaya PAS Melaka
#MenujuSeriNegeri