LajnahLajnah Hubungan Antarabangsa

Perang Amerika Syarikat Ke Atas Republik Islam Iran: Apa Selepas Ini ?

Konflik antara Republik Islam Iran dan Amerika Syarikat serta β€˜tuannya’ negara haram Israel setakat ini masih buntu serta tidak nampak jalan penyelesaian. Amerika Syarikat dilihat telah kalah dari segi politik dan moral kerana tidak mendapat sokongan majoriti masyarakat antarabangsa termasuk sekutu-sekutu kuatnya dari kalangan negara Eropah. Justeru ia β€œterkial-kial” mencari jalan keluar agar dilihat gah.

Sehingga ke saat ini, Republik Islam Iran masih tegas dengan keputusannya untuk tidak menyambung kembali rundingan sekiranya Amerika Syarikat masih lagi tidak menghormati syarat gencatan senjata, mengenakan β€œnaval blockade”, gagal menghalang serangan berterusan tentera penjajah regim Zionis Israel ke atas Lubnan dan mengenakan syarat perjanjian yang tidak masuk akal.

Pada hari Ahad lalu ketika lawatan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi ke Pakistan, dilaporkan bahawa beliau telah menyerahkan cadangan perjanjian gencatan senjata terbaharu kepada Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Muhammad Asif untuk diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Menurut laporan media Amerika Syarikat pada Isnin baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Kabinet Keselamatannya membincangkan cadangan gencatan senjata terbaharu tersebut.

Namun begitu masyarakat dunia khususnya warga Republik Islam Iran begitu skeptikal dengan tindak-tanduk Amerika Syarikat yang amat licik dan penuh dengan muslihat. Lihat sahaja senario yang berlaku ke atas Venezuela setelah penculikan Nicolas Maduro, kini Amerika Syarikat mengawal sepenuhnya hasil bumi utama Venzuela iaitu pengeluaran minyak mentah.

Sebelum daripada itu ketika Nicolas Maduro masih lagi menjadi Presiden Venezuela, Venezuela dipaksa untuk berunding dengan Amerika Syarikat dan kemudiannya Amerika Syarikat mengenakan β€œNaval Blockade” ke atas Venezuela. Akhirnya tentera Amerika Syarikat menyerang Venezuela dan menculik Nicolas Maduro dan isterinya.

Di sebalik gesaan dan desakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump agar Republik Islam Iran kembali ke meja rundingan, Amerika Syarikat bertindak sebaliknya. Laporan terbaharu menyatakan bahawa tentera Amerika Syarikat sedang bersiap sedia menghantar kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower ke Timur Tengah.

 

Ini bermakna jika ia berlaku, terdapat empat buah kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika Syarikat berada di Timur Tengah. Dengan kekuatan lebih daripada 250 buah pesawat pejuang yang terdiri daripada F-35, F-16 dan F-18A termasuk lebih 6,000 anggota tentera Amerika Syarikat yang berada di atas kapal tersebut, semestinya sesuatu yang lebih besar daripada sebelumnya bakal berlaku.

Kapal pengangkut kargo tentera Amerika Syarikat Boeing C-17 Globemaster masih lagi secara berterusan bergerak tanpa henti membawa muatan dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah ke pengkalan tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah yang dipercayai membawa anggota tentera Amerika Syarikat, peralatan ketenteraan dan persenjataan.

Ini tidak termasuk lagi kapal perang tentera laut Amerika Syarikat yang dianggarkan melebihi jumlah dua puluh buah berada di Timur Tengah dengan ribuan anggota tentera di mana beberapa buah kapal perang tersebut adalah daripada jenis β€œassault amphibious ship” seperti USS Tripoli yang digunakan untuk pendaratan di pantai jika tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan darat ke atas Iran. Kapal perang jenis ini membawa kelengkapan seperti kereta kebal, kereta perisai, kenderaan utiliti 4×4 pelbagai guna seperti Humvee dan bot laju serangan pelbagai guna.

Amerika Syarikat, China, Rusia dan beberapa negara utama di Eropah telah mula menggesa warganegaranya meninggalkan Iran, Lubnan, Iraq dan negara haram Israel berikutan keadaan menjadi semakin tidak terkawal di Timur Tengah. Dengan pergerakan terkini tentera Amerika Syarikat, adalah tidak mustahil perang bakal kembali berlangsung.

Dalam sidang media terbaharu di Rumah Putih pada malam Isnin baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan bahawa beliau memberi Iran masa selama tiga hingga lima hari untuk menyambung kembali rundingan atau Amerika Syarikat akan memusnahkan sepenuhnya infrastruktur minyak dan gas Republik Islam Iran.

Majoriti pemimpin negara haram Israel khususnya Benjamin Netanyahu dan pentadbiran berhaluan kanannya mahu Amerika Syarikat terus menyerang dan memusnahkan Iran. Begitu juga anggota pentadbiran Donald Trump khususnya dari parti Republikan mahu Iran terus diserang dan dimusnahkan. Mengapa begitu terdesak sekali ketika ini ?

Salah satu sebabnya ialah kerana β€œmid term election” iaitu pilihanraya untuk memilih anggota Kongres yang baharu yang akan berlangsung pada bulan November nanti. Ketika ini parti Republikan menguasai Kongres Amerika Syarikat namun jurangnya amat tipis dengan parti Demokrat. Dalam pilihanraya tempatan Amerika Syarikat yang diadakan pada November tahun lalu, parti Republikan telah kalah teruk kepada parti Demokrat. Dengan pola pengundian kini yang memihak kepada parti Demokrat berikutan merudumnya sokongan kepada parti Republikan termasuk di negeri kubu kuatnya di β€œMid West”, apa yang berlaku di Timur Tengah bakal mencorak pilihanraya β€œmid term” Amerika Syarikat pada hujung tahun ini.

Keadaan sama juga berlaku di negara haram Israel. Dua seteru utama Benjamin Netanyahu iaitu Naftali Bennett dan Yair Lapid baru-baru ini telah mengumumkan penggabungan parti politik yang dikuasai mereka. Kedua-dua mereka yang juga merupakan bekas Perdana Menteri negara haram Israel dan pengkritik kuat kerajaan Benjamin Netanyahu pada peperangan dengan Iran kali ini telah mula mendapat sokongan kuat pendatang haram yahudi.

Sokongan ke atas parti Likud yang dikuasai Benjamin Netanyahu dan parti politik ekstrimis berhaluan kanan yang menjadi teras kerajaan Benjamin Netanyahu mula menurun dengan begitu drastik dengan protes saban hari berlaku di Tel Aviv. Cubaan kerajaan Benjamin Netanyahu untuk melengah-lengahkan perbicaraan di Mahkamah Agung Israel atas kes rasuah dan salah guna kuasa juga gagal apabila mahkamah dijadual akan menyambung semula perbicaraan pada bila-bila masa sahaja.

Dalam sejarah Amerika Syarikat dan negara haram Israel, peperangan dijadikan alasan bagi mendapat sokongan rakyat bagi mengekalkan kuasa pemerintahan.

Ketika ini dunia berdebar menanti apa yang bakal berlaku di Timur Tengah, apakah perang akan berlangsung kembali atau akan termenterai gencatan senjata. Jika perang berlangsung kembali, pastinya Iran dan β€œAxis of Resistant” telah bersiap sedia menghadapi serta mampu menyebabkan β€œluka yang lebih parah” ke atas Amerika Syarikat dan negara haram Israel.

Kini Empayar Amerika Syarikat sedang meniti hayat-hayat akhir penguasaan hegemoninya ke atas dunia. Jatuhnya Amerika Syarikat bermakna hilanglah negara haram Israel dari peta dunia dan Timur Tengah. Sayangnya, masih ada lagi negara Dunia Islam yang tidak sedar diri dan percaya serta berpaut kuat kepada Amerika Syarikat dan negara haram Israel.
Semoga Allah SWT memelihara Iran dan seluruh Dunia Islam.

β€œKembali Kepada Penyelesaian Islam”

YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️