Warga klinik sekitar DUN Tawang terima kit Ramadan
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: media ADN Tawang
BACHOK, 5 Mac – Warga klinik di seluruh DUN Tawang menerima kit Ramadan atas inisiatif Ahli Dewan Negeri (ADN) Tawang YB Harun Ismail.
Menurut YB Harun, program agihan kurma itu telah dijalankan selama tiga hari secara berperingkat sejak akhir Februari.
“Pada 26 Februari lalu, sumbangan disampaikan di Klinik Kesihatan Beris Panchor. Seterusnya, pada 4 Mac, kurma diagihkan ke Klinik Desa Pauh Sembilan, Klinik Desa Bekelam dan Klinik Desa Belukar. Kunjungan terbaharu hari ini pula ke Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber: inforakyat.kelantan.my