Pembangunan Kompleks Sukan Gual Ipoh: Sokongan pihak berwajib dialu-alukan
Oleh: Syamimi Manah
TANAH MERAH, 5 Mac – Pembangunan Kompleks Sukan Gual Ipoh kini memasuki fasa awal dan sokongan pihak berwajib termasuk Kerajaan Persekutuan serta negeri amat dialu-alukan bagi merealisasikan projek tersebut.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Gual Ipoh YB Bahari Mohamad Nor berkata, usaha berkenaan telah dimulakan dengan kejayaan mewartakan tanah seluas 20 ekar sebagai rizab sukan dan rekreasi di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPK) Gual Ipoh, terletak di belakang Masjid Gual Ipoh.
Menurutnya, pembangunan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada pembinaan padang bola pada tahun ini.
“Kita mulakan tahun ini dengan menyiapkan padang bola terlebih dahulu. Selepas itu akan disusuli dengan padang takraw, badminton dan kemudahan sukan lain termasuk surau, kawasan parkir serta kiosk jualan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber: inforakyat.kelantan.my