MB Kelantan santuni 98 wakil kaum dan penjawat awam bukan Islam
Oleh: Syamimi Manah
KOTA BHARU, 3 Mac – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassurudin Daud menyantuni 98 wakil kaum dan penjawat awam bukan Islam sempena sambutan Tahun Baharu Cina dalam satu majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar (JKR 10), semalam.
Majlis tersebut merupakan tradisi tahunan yang diadakan bagi meraikan komuniti bukan Islam yang berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.
Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 76 orang merupakan lantikan politik penghulu wakil kaum bukan Islam, sembilan orang Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan Islam dan 13 orang penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri.
Sumber: inforakyat.kelantan.my