KelantanNegeri

Kelantan sambut baik Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 3 Mac – Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 yang digariskan kerajaan Persekutuan sebagai usaha memperkukuh pembangunan sektor pendidikan bagi tempoh sedekad akan datang.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nasuruddin Daud berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia memberikan kerjasama erat bagi memastikan segala inisiatif pendidikan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, khususnya yang memberi manfaat kepada anak-anak Kelantan.

Beliau berkata demikian susulan kunjungan hormat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) Kelantan Siti Norina Muhamad bersama pegawai kanannya di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar, Mabna Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️