KelantanNegeri

YB Nor Sham santuni petugas barisan hadapan, edar lebih 50 pek juadah sahur

Oleh: Syamimi Manah | Foto: Media ADN Semerak

PASIR PUTEH, 3 Mac – Ahli Dewan Negeri (ADN) Semerak YB Nor Sham Sulaiman menyantuni para petugas barisan hadapan sekitar DUN Semerak menerusi program Terjah Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Semerak, awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Pusat Khidmat DUN Semerak, program tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan.

“Sumbangan juadah sahur ini adalah sebagai  tanda penghargaan dan terima kasih atas dedikasi mereka yang tidak kenal erti penat lelah berkhidmat unyuk masyarakat, terutamanya di bulan Ramadan yang penuh berkat ini,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️