KelantanNegeri

SG4 perluas kerjasama pendidikan dan pembangunan modal insan di Mesir

Oleh: Syamimi Manah

KAHERAH, 12 Februari – Delegasi SG4 yang melibatkan negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu memperkasa misi perdagangan ke Mesir dengan memberi fokus kepada sektor strategik serta pembangunan modal insan dalam pertemuan rasmi bersama Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah pada 8 Februari lalu.

Menurut Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Nasrif Daud, delegasi tersebut telah mengadakan kunjung hormat rasmi ke Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sebagai sebahagian daripada rangka kerja misi perdagangan dan pelaburan ke rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

“Pertemuan strategik ini memberi tumpuan kepada pengukuhan misi pelaburan dan kerjasama perniagaan bersama syarikat Mesir, khususnya dalam sektor minyak dan gas, pemprosesan makanan, pembinaan, teknologi hijau dan perkhidmatan profesional” katanya.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama import-eksport  termasuk pengukuhan rantaian bekalan makanan Malaysia.

Delegasi berkenaan terdiri daripada YB Nasrif Daud dan YB Wan Rohimi Wan Daud (Kelantan), Exco Kerajaan Negeri Terengganu YB Mohd Norkhuzaini Ab Rahman serta YB Dr. Haim Hilman Abdullah (Kedah).

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️