KelantanNegeri

12 pelajar cemerlang STAM Maahad Saniah terima sumbangan

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 12 Februari – Sebanyak 12 pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 dari Maahad Saniah, Pasir Puteh menerima sumbangan sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka.

Sumbangan berkenaan disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat.

Beliau berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam STAM, selain menjadi dorongan dan suntikan semangat untuk terus beristiqamah dalam menuntut ilmu.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️