KelantanNegeri

MAIK, Yayasan Karyawan jalin kerjasama terbitkan Naskhah Sejarah Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 12 Februari – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkolaborasi dengan Yayasan Karyawan untuk menerbitkan Naskhah Sejarah Kelantan apabila menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di Dewan Tok Kenali, MAIK di sini hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, YB Sahibul Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad.

MAIK diwakili Yang Dipertuanya, Dato’ Mohd Anis Hussein bersama Setiausaha MAIK, Rasani Ramli, manakala Yayasan Karyawan diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Roosfa Hashim dan Pegawai Penerbitan, Hafizan Amiti.

Dato’ Mohd Anis dalam ucapannya berkata, MAIK melalui Unit Adat Istiadat mengambil pendekatan signifikan dengan menghimpunkan naskhah penting sejarah Kelantan untuk dipelihara dan diterbitkan semula secara kolaboratif bersama Yayasan Karyawan di bawah pimpinan Dato’ A Aziz Deraman.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️