Mahasiswa perlu jadikan Islam sebagai tujuan utama dalam segala gerak kerja – Dato’ Wan Roslan
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 3 Februari – Mahasiswa diingatkan agar menjadikan Islam sebagai tujuan utama dalam setiap gerak kerja dan penglibatan, selaras dengan peranan mereka sebagai golongan terpelajar yang bakal memimpin masyarakat pada masa hadapan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Datoβ Wan Roslan Wan Hamat berkata, prinsip itu telah lama menjadi tunjang pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan menerusi moto Membangun Bersama Islam sejak diperkenalkan pada 1990.
Beliau berkata, pelaksanaan prinsip berkenaan diterjemahkan melalui pelbagai dasar dan langkah berani yang diambil oleh kerajaan negeri termasuk penutupan premis perjudian serta menghadkan penjualan arak bagi memelihara nilai Islam dan kesejahteraan masyarakat.
βOleh itu, mahasiswa perlu memperkukuhkan kefahaman agama dan menolak segala bentuk fahaman atau isme yang menyimpang daripada ajaran Islam,β katanya menerusi media sosial, pada Isnin.
Sumber: inforakyat.kelantan.my