KelantanNegeri

LRA Bukit Chupak beroperasi, 4,965 akaun pengguna terima bekalan air terawat

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 3 Februari – Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak di Gua Musang telah mula beroperasi pada 1 Februari lalu, sekali gus menyalurkan bekalan air terawat ke setiap rumah melibatkan 4,965 akaun pengguna di sekitar bandar Gua Musang.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Izani Husin berkata, projek bernilai lebih RM50 juta itu kini berfungsi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 10 Juta Liter Sehari (10 JLH).

Menurutnya, sejak tarikh operasi bermula, bekalan air terawat telah disalurkan dan memasuki paip air kediaman penduduk membabitkan 2,020 akaun di Bandar Baru Gua Musang, 1,488 akaun di Bandar Lama, 623 akaun di Taman Wangsa Mewangi serta 834 akaun di lokasi lain.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️