PKB sumbang RM23,000 untuk Laman Santai HRPZ II
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 3 Februari – Permodalan Kelantan Berhad (PKB), syarikat anak Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang barangan bernilai RM23,000 kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, bagi kegunaan pelawat di Laman Santai hospital berkenaan.
Sumbangan itu merangkumi sebuah buaian wakaf, empat set kerusi batu dan dua set kerusi berangkai yang bertujuan menyediakan ruang rehat lebih selesa kepada pelawat serta ahli keluarga pesakit.
Ketua Pegawai Eksekutif PKINK Dato’ Sr Zamri Ismail, berkata, PKB bukan sahaja menjalankan perniagaan gadaian, bahkan turut menitik berat tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Menurutnya, sebelum ini PKB pernah menyumbang kerusi untuk kegunaan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).
“Hari ini, PKB meneruskan komitmen itu dengan menyumbang beberapa kemudahan untuk digunakan oleh pelawat di Laman Santai HRPZ II.
Sumber: inforakyat.kelantan.my