Projek naik taraf LRTB Jeli bernilai RM96 juta diluluskan
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 2 Februari – Projek menaik taraf Lebuh Raya Timur Barat (LRTB) FT4 dari Seksyen 194.4 hingga 244.9 di Jeli yang melibatkan laluan sepanjang 46.5 kilometer (km) diluluskan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Izani Hussein menerusi media sosial, hari ini.
Beliau berkata, projek bernilai RM96 juta itu merangkumi kerja-kerja penambahbaikan lorong memotong, pembaikan permukaan jalan, pembaikan lubang benam (sinkhole), pemasangan lampu solar serta beberapa komponen keselamatan lain.
“Apabila siap kelak, projek ini dijangka meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, selain berfungsi sebagai laluan darat utama yang menghubungkan Kelantan dan Perak serta kawasan Timur dan Barat.
Sumber: inforakyat.kelantan.my