KelantanNegeri

KPKB laksana projek perintis bawang merah di Gual Ipoh

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 1 Februari – Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) melaksanakan projek perintis tanaman bawang merah di KPKB Agro Farm, Gual Ipoh menerusi Projek Pembangunan Tanah Terbiar dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek berkenaan menggunakan kaedah fertigasi meja melibatkan 20 stand planting hydroponic (SPH) bagi mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar kepada aktiviti pertanian yang lebih produktif.

Menurutnya, inisiatif itu selari dengan agenda keterjaminan makanan negara, khususnya dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian tempatan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️