Taman Industri IBS Machang bakal buka 3,500 peluang pekerjaan kepada anak tempatan
Oleh: Syamimi Manah
MACHANG, 27 Januari – Pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) seluas 200 ekar (80.94 hektar) di Sungai Bagan, Labok, Machang dijangka mampu menyediakan sehingga 3,500 peluang pekerjaan, sekali gus memperkukuh ekosistem perindustrian serta membuka ruang pelaburan baharu di Kelantan.
Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mohamad Nasriff Daud berkata, taman industri IBS berkenaan dirancang bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan, bahkan membentuk satu kawasan industri yang terurus dan mampan.
βKita boleh menyediakan sehingga 3,500 peluang pekerjaan. Harapan saya, taman ini bukan sahaja dapat menyediakan peluang pekerjaan dan kawasan industri, dengan pengurusan pengurus taman (park manager) yang teratur, tetapi saya juga berharap ia dapat menjadi satu model pembangunan kawasan perindustrian yang mampan,β katanya semasa melakukan lawatan kerja ke tapak cadangan pembangunan berkenaan, semalam.
Menurutnya, kewujudan taman industri IBS Machang itu turut disokong oleh pembangunan infrastruktur berskala besar yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini.
βSaya menjangkakan apabila siap projek-projek infrastruktur utama seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan lebuh raya, ia akan menjadi pelengkap kepada keseluruhan ekosistem bagi kawasan industri ini,β jelasnya.
Sumber: inforakyat.kelantan.my