KelantanNegeri

Kerja Infrastruktur IBS Machang capai kemajuan 93.31 peratus

Oleh: Syamimi Manah

MACHANG, 27 Januari – Kerja-kerja infrastruktur bagi pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) seluas 200 ekar (80.94 hektar) di Sungai Bagan, Labok, Machang telah mencapai 93.31 peratus kemajuan fizikal setakat 15 Januari, sekali gus meletakkan projek itu sebagai model pembangunan kawasan industri bersepadu di Kelantan.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mohamad Nasriff Daud berkata, pembangunan taman perindustrian berkenaan merupakan projek usahasama antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan yang memberi tumpuan kepada industri pembinaan berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Saya berada di tapak IBS Sungai Bagan iaitu pembangunan seluas 200 ekar yang diusahasamakan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Projek ini merangkumi satu kawasan industri baharu untuk kita fokuskan pembangunan IBS dan kerja-kerja infrastruktur ini kita harap dapat siap pada April 2026,” katanya semasa taklimat dan lawatan kerja ke tapak cadangan pembangunan berkenaan, semalam.

Menurutnya, kemajuan fizikal yang mencecah 93.31 peratus itu melibatkan pembangunan infrastruktur utama termasuk pembinaan jalan dalaman, sistem saliran, bekalan utiliti serta kemudahan sokongan yang lengkap.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️