KelantanNegeri

Ahmad Fikri terima Ijazah Sanad Aliyah al-Quran Kerajaan Kelantan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Pelajar tahfiz Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor (MTM) Kemumin, Pengkalan Chepa, Ahmad Fikri Abdul Hisyam, 17, yang berjaya menamatkan ujian syahadah 30 juzuk al-Quran dalam masa 18 jam tanpa sebarang kesalahan menerima Ijazah Sanad Aliyah al-Quran daripada Kerajaan Negeri Kelantan, hari ini.

Ahmad Fikri yang berasal dari Limau Kasturi, Gua Musang, menerima ijazah berkenaan daripada Pusat Tarannum al-Quran Negeri Kelantan yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Penyampaian ijazah disempurnakan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud di Mabna, hari ini.

Selain ijazah, Ahmad Fikri yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu turut menerima sijil penghargaan daripada Pusat Tarannum Negeri Kelantan serta saguhati keraian bernilai RM3,000.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️