Kerja tanah KB Sentral fasa 1 sudah bermula -Exco Kerjaraya
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Kerja-kerja tanah bagi Cadangan Pembangunan Terminal Kota Bharu (KB Sentral) sudah bermula.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Datoβ Dr Izani Husin berkata, pelaksanaan fasa 1 kerja-kerja rawatan tanah di tapak projek seluas kira-kira lima ekar itu, kini sedang dijalankan dan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan.
Beliau berkata demikian semasa sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Projek KB Sentral yang turut disertai Timbalan Exco YB Saizol Ismail Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) Wan Zulfadhli Syahman Wan Yusof dan Pengarah JKR Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail.
Sumber: inforakyat.kelantan.my