Prestasi Kelantan Red Warriors FC beri petanda positif untuk bola sepak Kelantan
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Kelantan Red Warriors FC (KRWFC) menunjukkan perkembangan positif dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/2026 apabila kini berada di kedudukan keenam liga dengan lapan kemenangan daripada 16 perlawanan.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud merakamkan tahniah kepada Kelantan Red Warriors FC atas prestasi tersebut.
“Syabas kepada Kelantan Red Warriors FC yang kini menduduki tangga keenam dalam kejohanan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 dengan 8 kemenangan setelah menmpuh 16 perlawanan, termasuk kemenangan ke atas Selangor FC II 2 hari yang lalu” katanya melalui laman rasmi, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my