Sisa nanas jadi medium bongkah cendawan, jimat kos dan lestari
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 6 Januari – Penghasilan bongkah cendawan berasaskan sisa nanas diperkenalkan sebagai inisiatif inovatif berteraskan konsep pertanian lestari dan ekonomi kitaran, dengan memanfaatkan sisa nanas sebagai medium tanaman cendawan.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, antara sisa nanas yang boleh digunakan ialah daun, empulur, hampas dan batang nanas bagi menggantikan penggunaan habuk kayu dalam penghasilan bongkah cendawan.
Beliau berkata, kaedah berkenaan bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada habuk kayu, malah berupaya mengurangkan kos untuk pengeluaran bongkah cendawan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my