KelantanNegeri

200 pelajar DUN Panchor terima bantuan awal persekolahan

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN

KOTA DARULNAIM, 6 Januari – Sebanyak 200 pelajar sekolah rendah dan menengah DUN Panchor menerima bantuan awal persekolahan pada majlis penyampaian yang berlangsung di Dewan Tok Ayah Kedah Komtar, Panchor, Pengkalan Chepa, hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Panchor YB Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah berkata, program tersebut melibatkan pelajar daripada pelbagai latar belakang dan bertujuan meringankan beban keluarga, khususnya dalam menghadapi permulaan sesi persekolahan baharu.

“Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Peringkat DUN Panchor melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah ini menyaksikan 200 orang penerima,” katanya di laman rasmi, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️