KedahNegeri

πŸ’πŸ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ‡π€π‘πˆπ€π“ πŠπ„πŒπ€π“πˆπ€π πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π†π„π‘πˆ

Β 

Kehilangan insan tersayang bukan sekadar ujian emosi, malah sering disertai beban kos pengurusan jenazah, khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah.

Justeru, sumbangan khairat kematian disalurkan sebagai inisiatif dan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Seramai 41 keluarga menerima sumbangan wang khairat kematian kepada di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang yang disampaikan oleh ADUN Kuala Nerang, Dato’ Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria.


Majlis turut disertakan dengan sedikit tahlil ringkas buat mereka yang telah meninggal dunia.

β€œKerajaan negeri memahami denyut nadi rakyat. Saat duka beginilah sokongan paling diperlukan.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban dan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan,” ujarnya.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

#ADUNKualaNerang

#khairatkematian

Sumber: upda.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️