NegeriTerengganu

ADUN Kijal hulur bantuan segera kepada pesakit strok

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, menghulurkan bantuan segera kepada seorang pesakit strok, Mohd Adnan Ali dalam program Ziarah Kasih yang diadakan di Kampung Ibok, semalam.

Razali berkata bantuan tersebut merangkumi sebuah katil khas bagi memudahkan penjagaan harian dan beberapa bantuan lain.

β€œDahulunya, Saudara Adnan merupakan usahawan yang dikenali seorang yang rajin bekerja demi mencari rezeki untuk keluarganya.

β€œSama-sama kita doakan agar beliau segera sembuh, dan saya akan terus memastikan Saudara Adnan mendapat perhatian serta bantuan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Dalam pada itu, Razali turut melawat seorang mangsa kemalangan, Razali Rahim, di Kampung Bukit Kuang yang baru sahaja keluar dari Hospital Kemaman selepas menjalani pembedahan.

β€œSaya berharap dengan ziarah seperti ini, bukan sahaja dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, tetapi juga memberi semangat kepada mereka untuk terus kuat menghadapi cabaran.

β€œProgram Ziarah Kasih ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan masyarakat yang memerlukan sentiasa mendapat perhatian,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️