Ensiklopedia Harian PASPusat

Ensiklopedia Harian PAS – Tata Negara Islam: Karya Pertama Pemimpin PAS Tentang Negara Islam

ENSIKLOPEDIA HARIAN PAS

TATA NEGARA ISLAM: KARYA PERTAMA PEMIMPIN PAS TENTANG NEGARA ISLAM

NEGARA Islam telah menjadi cita-cita perjuangan PAS sejak ia ditubuhkan, bahkan ia melanjutkan cita-cita Hizbul Muslimin sebelumnya. Setelah gagal mempengaruhi proses kemerdekaan untuk menegakkan sistem pemerintahan Islam, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ketujuh pada 25-27 Disember 1958 telah memutuskan bahawa perjuangan menegakkan negara Islam adalah wajib bagi setiap umat Islam, khususnya ahli PAS. Langkah-langkah politik PAS selepas 1958 adalah merupakan rangkaian usaha PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Antara usaha PAS untuk menjelaskan konsep negara Islam ini adalah menerbitkan buku-buku tentang negara Islam sejak 1960 hingga terhasilnya Dokumen Negara Islam sebagai dokumen rasmi yang dilancarkan oleh PAS pada 12 November 2003.

Semenjak keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PAS pada 1958, karya pertama yang dihasilkan oleh pemimpin PAS tentang negara Islam ialah buku yang bertajuk โ€œTata Negara Islamโ€ yang diterbitkan pada 1963 hasil tulisan Ustaz Budiman Radhi, bekas Wakil Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Karya yang diterbitkan oleh Maktabah Haji Mohamad Ali ar-Rawi, Pulau Pinang ini telah menggariskan prinsip-prinsip asas kenegaraan Islam dan strukturnya. Buku yang diterbitkan dalam tulisan Jawi ini boleh dikatakan lanjutan daripada perbincangan tentang politik Islam yang lebih awal dikemukakan oleh beberapa ulamak PAS sebelumnya. Namun, buku ini agak berbeza kerana ia mengemukakan perkara-perkara berkait prinsip kenegaraan dan struktur kerajaan, berbanding karya-karya sebelumnya yang berkisar tentang pemikiran politik Islam.

Dalam konteks perjuangan politik PAS, beberapa tokoh PAS yang pernah menulis tentang pemikiran politik Islam seperti Ustaz Zulkifli Mohamad, Dr Burhanuddin al-Helmy dan Sheikh Abdul Qadir al-Mandili. Ustaz Zulkifli Mohamad telah menghasilkan buku โ€œMasyarakat dan Syariatโ€ pada 1954 dan โ€œPegangan Hidup Umat Islamโ€ (1956), manakala Dr Burhanuddin al-Helmy pula telah menuliskan buku โ€œAgama dan Politikโ€ (1954) dan โ€œIdeologi Politik Islamโ€ (1957). Dari Mekah, Sheikh Abdul Qadir al-Mandili pada 1959 telah menghasilkan pula buku โ€œIslam: Agama dan Kedaulatanโ€ yang menjadikan perbincangan tentang konsep negara Islam menjadi semakin menarik dan mendapat perhatian rakyat awam.

Terdahulu, ulamak terkenal, Tuan Hussin Kedah pada 1935, telah menghasilkan โ€œTanbih al-Ikhwan fi Tadbir al-Maโ€™isyah wa Taslih al-Buldanโ€ yang membicarakan beberapa aspek sosial, kaedah pemerintahan dan pembangunan negara menurut Islam. Karya Tuan Hussin Kedah ini boleh dikatakan yang pertama di Tanah Melayu membahaskan tentang pemikiran politik Islam selepas jatuhnya Khilafah Othmaniyah pada 1924. Setelah itu, Maulana Abdullah Noh, tokoh ulamak Kelantan telah menghasilkan pula buku โ€œSemangat Perajurit-perajurit Musliminโ€ pada 1947 yang menekankan kepentingan berjuang menegakkan negara Islam dalam kerangka yang disebut sebagai โ€œsiasat al-madinah.โ€ Pada 1962, di atas usaha Pustaka Islam, Kota Bharu yang dimiliki oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Amaluddin Darus, telah diterbitkan buku โ€œMasyarakat dan Politikโ€ karya Sheikh Muhammad al-Ghazali.

Melanjutkan perbincangan tentang politik dan kenegaraan Islam pasca kejatuhan Khilafah Othmaniyah, muncul Ustaz Budiman Radhi, seorang ulamak muda yang berasal dari Kedah. Beliau mendapat pendidikan tinggi Islam di Indonesia dan terdedah dengan perjuangan politik Islam di negara tersebut yang berkembang sejak tertubuhnya Sarekat Islam pada 16 Oktober 1905. Sebagai seorang penulis prolifik, beliau telah berjaya menghasilkan beberapa karya antaranya โ€œFalsafah Akhlak,โ€ โ€œFalsafah Rukun Islam,โ€ โ€œKelebihan Bulan Rejab, Syaโ€™ban dan Ramadhan,โ€ โ€œIslam dan Kristian,โ€ โ€œBuruh Dalam Islam,โ€ โ€œPengajaran Rukun Islam dan Imanโ€ serta buku terpentingnya, โ€œTata Negara Islam.โ€ Beliau yang juga guru di Maahad Il Ihya as-Syariff, Gunung Semanggol telah mula terlibat dalam PAS sejak awal 1950-an serta pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah dan Wakil (Naib) Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1957-1958).

โ€œTata Negara Islamโ€ adalah buku beliau yang terpenting dalam membincangkan konsep negara Islam. Buku yang diterbitkan pada tahun 1963 ini menurut seorang mengkaji, Safie Ibrahim (1981), bahawa ia sangat dipengaruhi oleh karya-karya pemimpin Jamiat Islami Pakistan, Maulana Syed Abul Aโ€™la al-Maududi (m. 1979). Antara karya al-Maududi yang mempengaruhi tulisan Ustaz Budiman Radhi ialah โ€œThe Islamic Law and Constitutionโ€ (1955), โ€œThe First Principle of The Islamic Stateโ€ (1960) dan โ€œPolitical Theory of Islamโ€ (1960). Karya lain yang turut memberi pengaruh ialah โ€œThe Principle of State and Government in Islamโ€ (1961) tulisan Mohamad Asad. Karya Ustaz Budiman Radhi ini adalah satu-satu karya tentang kenegaraan Islam yang dihasilkan oleh pemimpin PAS sepanjang dekad 1960-an.

Mohd Fadli GhaniHead, House of ResourcesPusat Penyelidikan PAS11 Januari 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ