LAWATAN YB USTAZ MUHAMMAD FAUZI BERSAMA PIHAK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) KE KAMPUNG NYIOR SEBATANG

Alhamdulillah saya bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turun ke Kampung Nyior Sebatang bagi meninjau aduan berkaitan masalah perparitan di kawasan tersebut.
Dimaklumkan bahawa apabila hujan lebat, kawasan berkenaan akan mengalami banjir akibat sistem perparitan yang kurang lancar.

Insya-Allah, kerja-kerja pengorekan dan penyelenggaraan parit akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membantu melancarkan aliran air serta mengurangkan risiko banjir.
Terima kasih kepada pihak JPS atas kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk Kampung Nyior Sebatang.
#YbUstazFauzi
#KetuaPembangkangPenang
#SavePenang
#NewPenang
Sumber :
https://vt.tiktok.com/ZSQPSGgQH/
https://www.facebook.com/share/p/1DZ8fPpvJY/?mibextid=wwXIfr