Muslimat PAS, Wanita Umno Gembleng Tenaga
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS dan Wanita UMNO akan menggemblengkan tenaga, membangunkan dan memartabatkan ‘kaum hawa’ negeri di persada politik Terengganu dan Malaysia.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT), To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, kerjasama itu adalah untuk merealisasikan Piagam Muafakat Nasional
“(Kami) bertanggungjawab secara langsung melahir dan mendidik masyarakat Rabbani, ibarat pepatah melayu yang mengatakan,
“tangan yang menghayun buaian boleh mengegarkan dunia,” ujarnya.
Beliau yang dihubungi berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan Himpunan Himpunan Penyatuan Ummah Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Negeri Terengganu, di sini pada malam 25 Oktober.
Menurut Zarani, kerjasama kedua-dua sayap PAS dan UMNO itu sangat penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.
Oleh itu, belaiu merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan padu ahli dan penyokong kedua-dua parti itu yang telah melalui detik swjarah yang panjang.
“PAS setelah ditubuhkan pada tahun 1951 yang lalu telah melalui liku-liku perjuangan yang penuh cabaran dan mehnah perjuangan,
“telah acap kali juga bertaawun dan bertahalluf dengan pelbagai parti politik seperti Parti Perikatan, Semangat 46, Pakatan Rakyat dan sebagainya,”jelasnya.
Justeru itu, beliau mengajak semua muslimat PAS dan wanita UMNO supaya meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan.
“Keikhlasan dan persefahaman antara muslimat PAS dan wanita UMNO inilah yang akan membuahkan hasil untuk membina masyarakat dan negara yang sejahtera,” tegasnya.