NegeriTerengganu

Kerajaan Baru PH Haru Biru

Oleh : Adli Mohamad

KUANTAN – Kerajaan Baru Malaysia Pakatan Harapan (PH), meletakkan negara ini dalam keadaan haru biru.

Setiausaha Agung PAS, Dato’Takiyuddin Hasaan berkata, kerajaan PH tifak indah sebagaimana yang diharapkan dan dijadualkan.

“Keadaan ekonomi negara tidak menjadi lebih baik.

“(Kos sara hidup) rakyat semakin meningkat, keadaan hidup rakyat pada umumnya suram, ketegangan didalam masyarakat bertambah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-65, di Stadium Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, pada 21 Jun.

Malaysia juga menurutnya, dilihat tidak mempunyai unjuran masa hadapan yang memberansangkan.

Maka dengan keadaan demikian, menurut beliau, ia telah memberi kesan buruk yang telah menghakis kepercayaan umum rakyat.

Menurutnya, Malaysia di bawah pentadbiran PH menjadi sebuah kerajaan yang tidak diyakini dapat memberikan kebaikan dan meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia.

Terdahulu beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang kerana membenarkan Pesuruhjaya PAS Pahang dan bumi Kuantan dihijaukan dengan berlangsungnya muktamar.

Ribuan perwakilan dan pemerhati datang dari seluruh pelusuk negara, menghadiri Muktamar Tahunan Ke-65.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️