‘Demi Islam’ Tingkat Semangat Anak Muda
Oleh : Fidee Aziz
KUANTAN – Tema ‘Demi Islam’ akan menaikkan semangat anak muda untuk terus bangkit meninggikan syiar islam di mata dunia khususnya di negara kita.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak berkata tema yang diutarakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 akan menjadi ‘role model’ kepada anak muda untuk terus bangkit mempertahankan islam.
“Kami dari Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan yang teguh kepada DPPM,” ujarnya
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan di Bukit Gambang Resort City, di Kuantan, di sini hari ini.
Oleh itu, beliau mengucapkan tahniah kepada para pemimpin pemuda baharu dipilih dalam Muktamar tersebut yang berakhir hari ini,
“Alhamdulillah peralihan cukup sempurna kepimpinan Pemuda PAS Pusat. Nikmat Ukhuwwah dan Pengorbanan yang terasa manis dalam PAS.
“Tahniah kepada Ir Haji Khairil Nizam di atas perlantikan sebagai Ketua DPPM,YB Ustaz Ahmad Fadhli sebagai Timbalan Ketua DPPM dan Ustaz Afnan Hamimi sebagai Naib Ketua DPPM yang baru,” tegas beliau.
Tambahnya, PAS akan terus mendapat sokongan dari golongan muda dan mendapat kejayaan pada masa akan datang setelah mengamalkan tema ini.