NegeriTerengganu

Bila Orang Asal Bersama PAS

Oleh : Azizah Mahmood

KUANTAN – Kehadiran  pertama kali ke Muktamar Tahunan PAS amat mengujakan buat orang asal yang telah bersama PAS.

Arora Amindin atau nama Islamnya Muhamad bin Abdullah , 36 melahirkan rasa teruja dapat melihat sendiri suasana berlangsungnya Muktamar.

“Saya datang dengan kawan dari Pos Lanai nak tengok sendiri himpunan besar ini, tak sangka sangat ramai orang di sini,” ujarnya

Beliau bersama rombongan seramai 40 orang dari Pos Lanai, ditemui wakil media ketika hadir meraikan muktamar Kali ke 65 yang diadakan di SUKPA, di sini hari ini.

Menurutnya, mereka bertolak dari Pos Lanai Cameron Highland  dengan sebuah bas diketuai Ustaz Abdul Hadi Muhammad, Ahli Jawatankuasa PAS Pos Lanai pada malam Jumaat untuk persembahan khas di perasmian muktamar.

“Kami akan datang lagi tahun depan” ujar beliau dengan anyaman daun  kelapa di kepala sebagai pengenalan diri orang asal Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️